Saturday 4 August 2012

APA ITU PROGRAM GROOM BIG?

PENGENALAN 

PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PRODUK 
Program 'Groom Big' Makanan dan Minuman bertujuan untuk meningkatkan keupayaan usahawan Kecil dan Sederhana supaya berdaya maju dan berdaya saing di pasaran terbuka dan eksport.

Pendekatan adalah berdasarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh usahawan Bumiputera di pelbagai peringkat pembangunan industri merangkumi peningkatan dan jaminan kualiti, peningkatan & optimasi proses pengeluaran , rekabentuk pembungkusan dan pembangunan jenama. 

Meningkatkan keupayaan usahawan Kecil dan Sederhana yang terlibat dalam sektor pengeluaran melalui program: 
 - Asas Peningkatan Kualiti & Pengeluaran 
 - Pensijilan HALAL 
 - Pembungkusan dan Pelabelan 
 - Amalan Peningkatan Kualiti 
 - Value Engineering/ Pembangunan Produk 
 - Optimasi Proses - GMP/ HACCP 
 - MS ISO 9001 

 Kumpulan Sasaran 

Fokus sasaran Program adalah kepada usahawan kecil dan sederhana Bumiputera yang terlibat mengeluarkan produk makanan dan minuman yang berdaftar di bawah Pendaftaran Perniagaan (ROB) atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat (ROC), mempunyai kemudahan pengeluaran serta bersetuju untuk membiayai sebahagian dari kos projek. 

 Jenis Perkhidmatan: 
 - Perundingan Perniagaan dan Penjenamaan 
 - Pembangunan Prototaip - Perolehan Perkhidmatan 
 - Pengujian Produk 
 - Pensijilan 
 - Latihan/ Kursus/ Bengkel Model Perlaksanaan Program 'Groom Big'

Thursday 21 June 2012

SDSI Peringkat Negeri Sabah 2012.

SHOWCASE SDSI PERINGKAT NEGERI SABAH 
27Jun - 01 Julai 2012 
Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu, Sabah
Anjuran : Kerajaan Negeri Sabah/ SME Corp. Malaysia Pejabat Negeri Sabah

Add caption

Objektif: 

1) Untuk memberi peluang kepada usahawan dari setiap daerah di Sabah untuk memperkenalkan dan mempromosi produk mereka. 

2) Menyediakan peluang berinteraksi antara usahawan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. 

3) Untuk memberi peluang kepada usahawan untuk bertukar pendapat dan membina rangkaian perniagaan.


Ini Kali lah !!!

Syukur Alhamdulillah kali ini LameLoka diberi peluang dan kepercayaan oleh Pejabat Daerah Kunak untuk turut serta mencipta sejarah ke Showcase SDSI yang julung-julung kali diadakan.

Sungguhpun hampir-hampir tidak mendapat tempat kerana masalah komunikasi dengan pihak penganjur, namun hasil usaha dan niat murni seorang hamba Allah yang ditugaskan untuk membantu pengusaha kecil, akhirnya Lameloka dapat menyertainya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada beliau kerana bertungkus lumus memohon tempat untuk kami sungguhpun beliau   baharu sahaja menjalani rawatan di hospital.

Tahun ini Lameloka membawa sedikit pembaharuan dari segi Jenama, Pembungkusan dan rekabentuk produk itu sendiri. Persediaan memang amat memenatkan tahun ini kerana dalam masa yang sama sedang menyediakan premis pemprosesan yang baru.

Seperti biasa produk utama LameLoka " Kerepek Ubi & Kerepek Pisang " dijangka akan menjadi tumpuan. Namun dengan sentuhan kreativiti persembahan produk " Bajek Kacang " pada kali ini akan memukau mata dan selera para pengunjung. Bajek Kacang ini akan dipersembahkan dalam rupa dan pembungkusan yang amat menarik dan belum pernah dibuat sebelum ini. 

Saya ingin sangat memperlihatkan produk ini kepada anda walau pun sikit-sikit, namun menurut Hj. Samira ini adalah khas untuk SDSI tahun ini. Oleh itu, kepada anda yang berkesempatan dan berada di sekitar Kota Kinabalu jangan ketingalan untuk datang ke SDSI kali ini. Carilah Kami "LameLoka"

Jom serbu !!!!



Monday 11 June 2012

Usaha Kearah Kualiti & Keselamatan Produk Kerepek


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Dalam masa yang terdekat ini Lameloka sedang dalam usaha mendapatkan pengiktirafan yang lebih menyeluruh daripada pihak-pihak berwajib memberi pengiktirafan berkenaan kualiti dan keselamatan makanan.

Antara aktiviti dan usaha utama ini adalah perancangan berpindah ke premis pemprosesan Lameloka yang baru. Tempat ini bukan sahaja luas dan selesa tetapi mempunyai ciri-ciri premis yang sangat sesuai untuk pemprosesan kerepek. 

Ciri-ciri premis Lameloka yang baru adalah seperti;
  • mempunyai sistem perparitan yang baik
  • jalan berturap dan mudah diaksess oleh kenderaan darat
  • bekalan air bersih yang mencukupi
  • bekalan elektrik
  • kawasan yang tertutup daripada haiwan seperti anjing liar.
  • pengudaraan yang baik

Kerja-kerja pembersihan dan pengecatan sedang dijalankan dan dijangka dapat beroperasi selewat-lewatnya bulan Julai 2012. Pelan lantai operasi pemprosesan dibuat dengan lebih tersusun memandangkan pengalaman memproses pelbagai jenis kerepek memerlukan ruang dan peralatan yang berbeza. Ini amat penting dalam pemprosesan kerepek Ubi Lebar dan bajek kacang.

Semoga dengan adanya premis yang lebih teratur dan bersih ini, Lameloka bukan sahaja dapat menghasilkan kerepek dengan kuantiti yang banyak bahkan juga kualiti dan kebersihan yang unggul. Sungguhpun LameLoka bermaksud "ubi dan pisang", kepelbagaian produk kerepek akan perbanyakkan mengikut trend permintaan pelanggan.

LameLoka sangat percaya bahawa makanan yang bersih berpunca daripada orang dan tempat yang bersih.

Sekian dulu buat masa ini.

Sunday 13 May 2012

Selamat Datang Ke Laman Lameloka

Kepada para pengujung sila baca dan fahami terma-terma dan syarat apabila berada dalam laman sesawang ini. Semoga anda mendapat apa yang anda hajati di sini.

Sila tinggalkan komen dan pertanyaan sekiranya ada, atau emailkan kepada saya di lameloka@gmail.com. Semoga berjaya.