Monday 11 June 2012

Usaha Kearah Kualiti & Keselamatan Produk Kerepek


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Dalam masa yang terdekat ini Lameloka sedang dalam usaha mendapatkan pengiktirafan yang lebih menyeluruh daripada pihak-pihak berwajib memberi pengiktirafan berkenaan kualiti dan keselamatan makanan.

Antara aktiviti dan usaha utama ini adalah perancangan berpindah ke premis pemprosesan Lameloka yang baru. Tempat ini bukan sahaja luas dan selesa tetapi mempunyai ciri-ciri premis yang sangat sesuai untuk pemprosesan kerepek. 

Ciri-ciri premis Lameloka yang baru adalah seperti;
  • mempunyai sistem perparitan yang baik
  • jalan berturap dan mudah diaksess oleh kenderaan darat
  • bekalan air bersih yang mencukupi
  • bekalan elektrik
  • kawasan yang tertutup daripada haiwan seperti anjing liar.
  • pengudaraan yang baik

Kerja-kerja pembersihan dan pengecatan sedang dijalankan dan dijangka dapat beroperasi selewat-lewatnya bulan Julai 2012. Pelan lantai operasi pemprosesan dibuat dengan lebih tersusun memandangkan pengalaman memproses pelbagai jenis kerepek memerlukan ruang dan peralatan yang berbeza. Ini amat penting dalam pemprosesan kerepek Ubi Lebar dan bajek kacang.

Semoga dengan adanya premis yang lebih teratur dan bersih ini, Lameloka bukan sahaja dapat menghasilkan kerepek dengan kuantiti yang banyak bahkan juga kualiti dan kebersihan yang unggul. Sungguhpun LameLoka bermaksud "ubi dan pisang", kepelbagaian produk kerepek akan perbanyakkan mengikut trend permintaan pelanggan.

LameLoka sangat percaya bahawa makanan yang bersih berpunca daripada orang dan tempat yang bersih.

Sekian dulu buat masa ini.

No comments:

Post a Comment